Posts

Showing posts from February, 2016

Langkah selesaikan masalah kad bank rosak

Image
Sesiapa yang ada kad bank mesti pernah alami masalah dimana sewaktu nak keluarkan duit di ATM, mesin ATM tolak kad korang dan kata sesuatu seperti "maaf kad anda tidak dapat dibaca". Kali ni Que alami untuk kad Bank Islam yang Que guna. Que syak cipnya rosak sebab kelihatan agak berkarat. Contoh kad. Bahagian cip adalah petak kecil disebelah kiri harimau. Sekiranya korang alami benda sebegini, jangan panik. Langkah-langkah penyelesaiannya senang saja. Ini yang Que buatlah. Pergi ke cawangan bank berhampiran. Kalau tidak pasti lokasinya, boleh cuba Google "cawangan bank xxx (gantikan xxx dengan nama bank yang anda guna)". Sampai di bank, staf bank akan tanya apa yang kita nak buat. Kemudian dia bagi nombor angka giliran. Di kaunter, staf bank yang lain berikan Que borang permohonan kad baru. Isi borang itu dengan lengkap. Keluarkan IC dan kad yang rosak untuk diberikan kepada staf bank. Beberapa minit kemudian, siaplah kad baru