Langkah selesaikan masalah kad bank rosak


Sesiapa yang ada kad bank mesti pernah alami masalah dimana sewaktu nak keluarkan duit di ATM, mesin ATM tolak kad korang dan kata sesuatu seperti "maaf kad anda tidak dapat dibaca".

Kali ni Que alami untuk kad Bank Islam yang Que guna. Que syak cipnya rosak sebab kelihatan agak berkarat.

Contoh kad. Bahagian cip adalah petak kecil disebelah kiri harimau.

Sekiranya korang alami benda sebegini, jangan panik. Langkah-langkah penyelesaiannya senang saja. Ini yang Que buatlah.

  1. Pergi ke cawangan bank berhampiran. Kalau tidak pasti lokasinya, boleh cuba Google "cawangan bank xxx (gantikan xxx dengan nama bank yang anda guna)".
  2. Sampai di bank, staf bank akan tanya apa yang kita nak buat. Kemudian dia bagi nombor angka giliran.
  3. Di kaunter, staf bank yang lain berikan Que borang permohonan kad baru. Isi borang itu dengan lengkap.
  4. Keluarkan IC dan kad yang rosak untuk diberikan kepada staf bank.
  5. Beberapa minit kemudian, siaplah kad baru itu.
Yang Bank Islam, pertukaran kad baru tidak dikenakan caj, Que tak pasti di bank lain dikenakan caj atau tidak. Boleh tanya staf di bank berkenaan. Mereka pasti dengan senang hati akan membantu korang.

Comments

  1. Ni normal la.. Andaikata kad rosak WAKTU CUTI?? mcm mana? Ade penyelesaian tak? (selain maybank) sbb maybank bleh kuarkn duit tanpa kad kt atm dia..

    ReplyDelete
  2. Kann..sedg llui..hari cuti..xtau kad rosk ke ape.tp cbe ccuk sume bank xbole kluar duit..msuk pin bole..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi Blueberry Oatmeal Yogurt

[Review] Best Ke Dilwale 2015?